



BERKENAAN KAJIAN
PENGENALAN KAJIAN
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini dalam usaha mengkaji impak Kempen Pembudayaan Norma Baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kajian ini melibatkan dua fasa kutipan data dengan menggunakan kaedah kuantitatif, melalui soal selidik seramai 11,000 orang responden; dan kaedah kualitatif melalui tembual kumpulan berfokus (focus group discussions – FGDs) bersama 254 kumpulan sasaran, dengan anggaran seramai 2,540 orang informan di seluruh negara.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji impak kempen yang dijalankan oleh kementerian agensi kepada 10 kumpulan sasaran melalui 5 saluran komunikasi (media massa , komunikasi bersemuka , media atas talian , paparan , dan penerbitan bahan cetak) terhadap pembudayaan amalan norma baharu iaitu :

PENJARAKAN SOSIAL/FIZIKAL

PEMAKAIAN PELITUP MUKA

MEMBASUH TANGAN
WAKIL BAGI SETIAP NEGERI (FOCAL-PERSONS)

9
PENYELIDIK UTAMA
45
WAKIL PENYELIDIK SELURUH MALAYSIA
30
ENUMERATORS